Saturday, September 26, 2009

Raya datang lagi...


Semenjak bulan Syawal datang ini hati senang bangat...

bukan apa....

buka mata, pejam mata ....ishhhh ishhhh ishhh

makanan saja yang nampak sepanjang-panjang meja

pergi mana- mana pun dapat tengok makanan..

Nak makan apa cakap saja semua ada...

Tak cukup kat rumah jangan bimbang...

pergi jalan-jalan dan masuk saja rumah mana-mana dan cari mana yang berkenan di hati..

raya katakan... redah je rumah sapa-sapa tiada hal punya...


Raya kali ini lain sikit gaya dan agendanya...

beraya dengan "mak baru " kata kan .....

semua benda baru...agak confuse lihat semua ini..

tapi apa boleh buat...

pelik pun ada , suka pun ada, penat pun ada..

tapi tu bukan halangan untuk memenuhi nafsu Syawal kali ini..

setiap kali orang datang setiap kali tu la aku menjamah makanan..

bukan makan yang ringan-ringan tapi seberat-berat alam yang ditelannya..

nasi minyak,nasi dagang, lontong, satay,soto,rendang, lemang,ketupat dan semua lah di telannya dalam masa satu hari...

nak kata tidak baca doa...baca

tapi nafsu makannya tinggi semacam je..

nafsu sYawal katakan faham-faham sajalah...


Hari raya pertama masih sama aktivitinya...

cuma tidur ku tidak diganggu seperti malam-malam raya sebelum ini..

semua juadah raya sediakan oleh kakak,adik,abah dan mak baru...

tapi bab hidang-hidang muka ini la yang menjadi mangsa dipagi hati sebelum pi solat raya..

tidak cukup dengan itu..pi umah jiran tetangga bagi atau bertukar jaudah di pagi raya..

iaitu satu adat atau amalan orang dulu-dulu..

lepas pi solat raya da kubur.. masa yang dinantikan telah tiba..

sambung......hahaha





Wednesday, September 02, 2009

Manusia...manusia

Manusia kaya dengan pelbagaian gaya, ragam,perwatakan yang tersendiri.
ada yang indah di pandang dari mata
namum ada pula yang sebaliknya
jelik atau tidak mata ini memandang
bukan aku menilainya
tetapi hanya Allah yang Esa.

Bertafakur melihat keindahan dunia
kadang kala ia dibayangi beberapa episod kehidupan manusia
dicalari oleh gelagat manusia yang mungkin merekasendiri tidak mengenali diri mereka itu.

Dicipta sebaik-baik kejadian
namun diubah mengikut gerak hati mereka yang tersendiri
mudah saja untuk mereka menarik perhatian ramai
gelak tawa hilai dan butir-butir bicara mencuri perhatian..
ada yang maki, ada yang menghendik dan ada pula yang melayani


Friday, August 28, 2009

SIAPA YANG TAHU

Manusia kaya dengan pelbagai gaya, ragam dan perwatakan yang tersendiri
ada yang baik , jujur, berbudi bahasa dan segalanya yang indah dipandang mata..
namun ada pula yang sebaliknya
jelik atau tidak mata ini memandang..
bukan aku penilainya..
tetapi hanya Allah yang Esa...

Bertafakur melihat keindahan dunia..
kadang-kadang permandangan dibayangi oleh beberapa episod kehidupan manusia
dicalari oleh gelagat manusia yang mungkin mereka sendiri tidak mengenali diri mereka itu..
diciptakan sebaik-baik kejadian
namun diubahnya mengikut gerak hati mereka yang tersendiri..
Mudah saja untuk mereka menarik perhatian ramai...
gelak tawa hilai dan butir-butir bicara mencuri perhatian ramai...
ada yang maki, ada yang menghendik, dan ada pula yang melayani..
tapi siapakah yang mengetahui apakah yang tersirat dilubuk hati.
Adakah sesiapa yang tahu isi hati manusia seperti ini?
tiada jawapan yang khusus untuk insan ini
selain merujuk kepada pengalaman kehidupan yang telah mereka lalui..

Monday, August 24, 2009

LuNa & BuLLeT

Hukum kehidupan manusia dicipta berpasang-pasangan
begitu juga dengan binatang dan semua makhluk ciptaan yang Esa dimuka bumi ..
Kita merancang tetapi tuhan menentukan segalanya

Paras rupa, harta benda dan emas permata bukan menjanjikan kebahagiaan
tapi hati yang 'satu' penentu arah tuju kebahagiaan..
tidak juga ditakdirkan yang rupawan kepada jelitawan
apatah lagi agama dan bangsa serta pengangan.

Nak dipendekakn cerita.
adalah makhluk cipaan yang Esa ini...

Si dara manis luna diberi nama
bercirikan si dara desa yang mempunyai cerita dan perpewatakan yang tersendiri..
tabah menghadapi liku kehidupan yang berwarn-warni..
hanya yang mengenali diri ini sahaja yang mengerti ...

Jalan kehidupan yang tidak langsung mengajar luna membawa diri
di jaga, di belai dan di sayangi oleh segelintir si jejaka...
lincah sahaja pergerakkannya...
menghilangkan identiti si manis..

mungkin terpengaruh dengan suasana kehidupan yang bermajoritikan lelaki...
arus membawa pergi bayu keayuan si dara manis ini...

Lain pula dengan si teruna kacukan ini..
Bullet gelaran diberi..
may be dari bandar metropolitan asalnya...
aku pun tak mengetahui...
keliru melihat persekitaran yang kini sunyi dan sepi dari kesibukan bandar yang berfantasi..
semua ini gara-gara oleh seorang gadis ..
berubahlah segala agenda kehidupan Bullet yang selama ini berfantasi..

Kehidupan yang mana tidak berubah..
jodoh dan maut semua di tangan Tuhan..
sehiggalah Bullet dan Luna telah di jodohkan bersama...
berjumpa dengan cara yang tersendiri dan jalan cerita yang tersendiri
si teruna dan gadis rela ia berlalu pergi dari kehidupan diri
merestui hubungan yang telah terjalin ini..
tidak ada apa yang dapat menjadi penghalangnya..

Semoga hubungan ini berkekalan..
menjadi pewaris generasi keceriaan dan kebahagiaan buat masa-masa mendatang
semoga ada kehadiran "si baru" menceriakan kehidupan di dunia ini lagi.....



Bullet & Luna
Inilah pasangan sehidup semati

Puasa +++++

sekarang pada bulan ynag mulia ini seluruh umat islam didunia menunaikan kewajipan keatas dirinya
pelnagai ragam dan kerenah dapat dilihat pada bulan yang mulia ini..
ada yang membiarkan sahaja diri diuji dengan ketentuaan illahi
dan ada sahaja yang cepat meloatah dengan ujian itu sendiri.

masing-masing lapar,dahaga, penat dan sebagainya..
ditambahkan lagi cuaca bahang membakari diri
semua ini di uji dari Maha Esa.

walaupun syaitan habis dirantai tapi masih ada nafsu yang bermaha raja lela
jangan biar diri ini di hambai nafsu dan peragai diri..
penat untuk mengalah dan dikalahkan..
tapi ini semua ini adalah ujian pada bulan yang mulai ini.

selamat berpuasa

Monday, August 17, 2009

Yeeeeeh...

Segamat?????
aPA la yang ada sangat kat segamat ini kan..

Tu la silap ye kalau sapa-sapa yang tak mengenali dunia Segamat
samalah jugak macam bibi sendiri masa mula-mula sampai kat sini
rupa-rupanya banyak benda kita boleh tau...
mula-mula je rasa macam itu

cuba, try, test layan semua
Tapi bila layan je semua yang ada..(APA-APA JELAH)
ia tak seburuk dan seteruk yang disangka..

Maaf orang Segamat n Johor n Malaysia tentang pandangan dan pemerhatian pertama ini

Antara apa yang boleh buat kat sini dengan muka selamba adalah....
* hujung minggu boleh pergi makan-makan,

* mandi air terjun,
* main bowling,
* nyanyi-nyanyi..
*jalan-jalan kat rock garden,
* lepak-lepak kat dataran segamat,
* pancing ikan
* main-main masak-masak

dan macam-macam lagilah yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata

Hebat segamat ini
Walaupun orang kata dalam hutan
tapi untuk a student tempat cmni lah ok
tak sesak and serabut sangat dengan kemeriahan bandar..

bagi korang yang mempunyai tanggapan yang agak serong tentang segamat
korang perlu ubah daya pemikiran anda..
datang sini dulu dan nikmatilah keseronokan kehidupan pelajar di bandar segamat

KALAU DIBERI DUA PILIHAN


Nak lelaki tua ada duit ke ? or nak lelaki hensem tak ada duit?

hahaha...

salah satu mainan yang kita orang main untuk malam ini..
dah tak tahu main buat ape agak ye..

aku pun satu ada kerja sengaja gatal mulut dan tangan join sekali budak-budak ini....


ada yang nak yang kaya tapi tua
dan ada pulak nak yang hensem tapi miskin..
ada palnning jahat la ni dalam otak masing-masing

bagi lelaki yang membaca blog ini korang jangan nak marah-marah pulak

kita orang saje-saje mengisi masa terluang yang tak berape terluang ini


nak share la antara alasan yang diberi dan diperdebatkan..

Memilih lelaki kaya tapi tua

alasan yang paling femous adalah

"kalu orang itu mati duit dapat kat kita.".

dasar mata duitan..

biasalah perempuan...

(tapi tak semua perempuan macam itu kan...)


yang pilih lelaki hensem tPI Tdik berduit pulak

alasan nye teruk..
" orang lain bukan tahupun kita ada duit ke tak

pakai smart-smart , pandai bergaya orang mesti kata kita kaya.."

hahaha..


Daripada ape yang korang baca, dengan mata yang melihat dan telinga yang mendengar...
ini semua membuatkan anda terfikir tentang jawapan permainan bodoh ini..
sekaligus menguji diri anda mengenai kejujuran dan keperibadian diri anda..
hmmmm...betul..
orang lain tidak akan tahu apa jawapan yang benar dari hati anda kerana mulut boleh berbohong, mata boleh mengenyit
hati yang satu sukar untuk dibaca apatah lagi untuk ditelaah.

Tidak kisah mana satu keputusan anda ia langsung tidak memberi kesan kapada diri ini..
masing-masing mempunyai corak kehidupan dan paksi putaran yang tersendiri
jangan menyesal dengan pilihan anda lakukan membawa kepada kekecewaan dan kesengsaraan
dan jangan biarkan diri anda diselubungi bayang penyesalan.

Masing-masing mungkin mempunyai alasan-alasan yang kukuh dan jitu yang lahir dari hati yang kecil dan murni itu
..


pe2pun good luck untuk kehidupan korang semua.