Thursday, October 15, 2009

APA YANG ADA...

"Pengembaraan agung, karya Terulung, Menyingkap Wajah Dunia

Pengembaraan IBN BATTUTAH"

Inilah diantara apa yang dapat menarik minat mata untuk mentelaah setiap kata-kata tersusun rapi didalam buku semasa pergi ke library baru-baru ini...
Entah apa yang dapat mendorong tangan ini mencapai dan menyelak helaian demi helaian pada naskah terjemaah Syed Nurul Akla Syed Abdullah dan Adi Setia Mohd Dom ini...

Walaupun belum berkesempatan untuk menghabiskan setiap helaian yang ada tetapi pelbagai pengajaran, pengetahuan, dan tauladan dan lain-lain lagi yang dapat dipelajari..

Bermula dengan cerita Meninggalkan Tanjah, satu perkara yang telah terdetik disanubari ini....
Kata Syeikh Abu 'Abdillah, " Aku keluar meninggalkan Tanjah, jana-bijanaku pada hari Khamis yang kedua dalam bulan Rejab yang unggul, bulan Allah s.w.t , tahun 725 H. dengan niat untuk menunaikan haji di Baitullah al-Haram dan menziarahi makan Rasulullah s.a.w aku keluar bersedirian tanpa teman untuk berhibur dan tanpa menyertai rombongan kalifah. Aku pergi kerana desakan jiwaku dan juga kerana rindu akan tempat-tempat suci. Kerinduaan ini telah sekian lama terpendam dalam dadaku. Oleh itu, aku membulatkan tekadku untuk meninggalkan semua yang kukasihi, wanita dan lelaki lalu berpisahlah aku dengan kampung halamanku, persis burung meninggalkan sarangnya. Ketika itu, ibu bapaku masih lagi hidup dan aku terasa berat untuk berjauhan dari mereka. Sebagaimana ibu bapaku, aku terasa menghadapi keperitan perpisahan tersebut. Pada itu, aku berusia dua puluh dua tahun"

Kalau dibandingkan dengan diri ini yang sama berusia 22 tahun...
pada sahaja yang telah aku lakukan ...
langit dan bumi sahaja setaip langkah dan berbuatan yang telah diaturkan jika dibandingkan dengan ilmuaan-ilmuaan Islam..
Pengorbanan apa yang telah aku lakukan dalam kehidupan ini.....
Boleh diumpanakan sebesar semut sahaja jika dibandingkan dengan ilmuaan-ilmuaan islam

Terpanah hati bila membaca setiap butir-butir bicara yang tertulis...
Bagai ada yang datang menghampiri menyindir setiap perbuatan aku telah lakukan...
malu rasanya pada diri sendiri..

Alam, dunia dan kehidupan masih berpusing mengikut putaran , paksi dan aturannya..
Mungkin masih ada kesempatan untuk mengubah setiap kesilapan dan kesalahan yang telah dilakukan oleh diri ini ..

Mengejar...mengejar dan terus mengejar
Itulah yang akan aku lakukan untuk mencapai kejayaan dan kesempurnaan didalam hidup..
Ataupun aku tahu tiada apa yang sempurna dalam dunia ini kecuali ciptaan Ilahi...

No comments:

Post a Comment