Monday, August 17, 2009

KALAU DIBERI DUA PILIHAN


Nak lelaki tua ada duit ke ? or nak lelaki hensem tak ada duit?

hahaha...

salah satu mainan yang kita orang main untuk malam ini..
dah tak tahu main buat ape agak ye..

aku pun satu ada kerja sengaja gatal mulut dan tangan join sekali budak-budak ini....


ada yang nak yang kaya tapi tua
dan ada pulak nak yang hensem tapi miskin..
ada palnning jahat la ni dalam otak masing-masing

bagi lelaki yang membaca blog ini korang jangan nak marah-marah pulak

kita orang saje-saje mengisi masa terluang yang tak berape terluang ini


nak share la antara alasan yang diberi dan diperdebatkan..

Memilih lelaki kaya tapi tua

alasan yang paling femous adalah

"kalu orang itu mati duit dapat kat kita.".

dasar mata duitan..

biasalah perempuan...

(tapi tak semua perempuan macam itu kan...)


yang pilih lelaki hensem tPI Tdik berduit pulak

alasan nye teruk..
" orang lain bukan tahupun kita ada duit ke tak

pakai smart-smart , pandai bergaya orang mesti kata kita kaya.."

hahaha..


Daripada ape yang korang baca, dengan mata yang melihat dan telinga yang mendengar...
ini semua membuatkan anda terfikir tentang jawapan permainan bodoh ini..
sekaligus menguji diri anda mengenai kejujuran dan keperibadian diri anda..
hmmmm...betul..
orang lain tidak akan tahu apa jawapan yang benar dari hati anda kerana mulut boleh berbohong, mata boleh mengenyit
hati yang satu sukar untuk dibaca apatah lagi untuk ditelaah.

Tidak kisah mana satu keputusan anda ia langsung tidak memberi kesan kapada diri ini..
masing-masing mempunyai corak kehidupan dan paksi putaran yang tersendiri
jangan menyesal dengan pilihan anda lakukan membawa kepada kekecewaan dan kesengsaraan
dan jangan biarkan diri anda diselubungi bayang penyesalan.

Masing-masing mungkin mempunyai alasan-alasan yang kukuh dan jitu yang lahir dari hati yang kecil dan murni itu
..


pe2pun good luck untuk kehidupan korang semua.

No comments:

Post a Comment