Friday, August 28, 2009

SIAPA YANG TAHU

Manusia kaya dengan pelbagai gaya, ragam dan perwatakan yang tersendiri
ada yang baik , jujur, berbudi bahasa dan segalanya yang indah dipandang mata..
namun ada pula yang sebaliknya
jelik atau tidak mata ini memandang..
bukan aku penilainya..
tetapi hanya Allah yang Esa...

Bertafakur melihat keindahan dunia..
kadang-kadang permandangan dibayangi oleh beberapa episod kehidupan manusia
dicalari oleh gelagat manusia yang mungkin mereka sendiri tidak mengenali diri mereka itu..
diciptakan sebaik-baik kejadian
namun diubahnya mengikut gerak hati mereka yang tersendiri..
Mudah saja untuk mereka menarik perhatian ramai...
gelak tawa hilai dan butir-butir bicara mencuri perhatian ramai...
ada yang maki, ada yang menghendik, dan ada pula yang melayani..
tapi siapakah yang mengetahui apakah yang tersirat dilubuk hati.
Adakah sesiapa yang tahu isi hati manusia seperti ini?
tiada jawapan yang khusus untuk insan ini
selain merujuk kepada pengalaman kehidupan yang telah mereka lalui..

Monday, August 24, 2009

LuNa & BuLLeT

Hukum kehidupan manusia dicipta berpasang-pasangan
begitu juga dengan binatang dan semua makhluk ciptaan yang Esa dimuka bumi ..
Kita merancang tetapi tuhan menentukan segalanya

Paras rupa, harta benda dan emas permata bukan menjanjikan kebahagiaan
tapi hati yang 'satu' penentu arah tuju kebahagiaan..
tidak juga ditakdirkan yang rupawan kepada jelitawan
apatah lagi agama dan bangsa serta pengangan.

Nak dipendekakn cerita.
adalah makhluk cipaan yang Esa ini...

Si dara manis luna diberi nama
bercirikan si dara desa yang mempunyai cerita dan perpewatakan yang tersendiri..
tabah menghadapi liku kehidupan yang berwarn-warni..
hanya yang mengenali diri ini sahaja yang mengerti ...

Jalan kehidupan yang tidak langsung mengajar luna membawa diri
di jaga, di belai dan di sayangi oleh segelintir si jejaka...
lincah sahaja pergerakkannya...
menghilangkan identiti si manis..

mungkin terpengaruh dengan suasana kehidupan yang bermajoritikan lelaki...
arus membawa pergi bayu keayuan si dara manis ini...

Lain pula dengan si teruna kacukan ini..
Bullet gelaran diberi..
may be dari bandar metropolitan asalnya...
aku pun tak mengetahui...
keliru melihat persekitaran yang kini sunyi dan sepi dari kesibukan bandar yang berfantasi..
semua ini gara-gara oleh seorang gadis ..
berubahlah segala agenda kehidupan Bullet yang selama ini berfantasi..

Kehidupan yang mana tidak berubah..
jodoh dan maut semua di tangan Tuhan..
sehiggalah Bullet dan Luna telah di jodohkan bersama...
berjumpa dengan cara yang tersendiri dan jalan cerita yang tersendiri
si teruna dan gadis rela ia berlalu pergi dari kehidupan diri
merestui hubungan yang telah terjalin ini..
tidak ada apa yang dapat menjadi penghalangnya..

Semoga hubungan ini berkekalan..
menjadi pewaris generasi keceriaan dan kebahagiaan buat masa-masa mendatang
semoga ada kehadiran "si baru" menceriakan kehidupan di dunia ini lagi.....



Bullet & Luna
Inilah pasangan sehidup semati

Puasa +++++

sekarang pada bulan ynag mulia ini seluruh umat islam didunia menunaikan kewajipan keatas dirinya
pelnagai ragam dan kerenah dapat dilihat pada bulan yang mulia ini..
ada yang membiarkan sahaja diri diuji dengan ketentuaan illahi
dan ada sahaja yang cepat meloatah dengan ujian itu sendiri.

masing-masing lapar,dahaga, penat dan sebagainya..
ditambahkan lagi cuaca bahang membakari diri
semua ini di uji dari Maha Esa.

walaupun syaitan habis dirantai tapi masih ada nafsu yang bermaha raja lela
jangan biar diri ini di hambai nafsu dan peragai diri..
penat untuk mengalah dan dikalahkan..
tapi ini semua ini adalah ujian pada bulan yang mulai ini.

selamat berpuasa

Monday, August 17, 2009

Yeeeeeh...

Segamat?????
aPA la yang ada sangat kat segamat ini kan..

Tu la silap ye kalau sapa-sapa yang tak mengenali dunia Segamat
samalah jugak macam bibi sendiri masa mula-mula sampai kat sini
rupa-rupanya banyak benda kita boleh tau...
mula-mula je rasa macam itu

cuba, try, test layan semua
Tapi bila layan je semua yang ada..(APA-APA JELAH)
ia tak seburuk dan seteruk yang disangka..

Maaf orang Segamat n Johor n Malaysia tentang pandangan dan pemerhatian pertama ini

Antara apa yang boleh buat kat sini dengan muka selamba adalah....
* hujung minggu boleh pergi makan-makan,

* mandi air terjun,
* main bowling,
* nyanyi-nyanyi..
*jalan-jalan kat rock garden,
* lepak-lepak kat dataran segamat,
* pancing ikan
* main-main masak-masak

dan macam-macam lagilah yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata

Hebat segamat ini
Walaupun orang kata dalam hutan
tapi untuk a student tempat cmni lah ok
tak sesak and serabut sangat dengan kemeriahan bandar..

bagi korang yang mempunyai tanggapan yang agak serong tentang segamat
korang perlu ubah daya pemikiran anda..
datang sini dulu dan nikmatilah keseronokan kehidupan pelajar di bandar segamat

KALAU DIBERI DUA PILIHAN


Nak lelaki tua ada duit ke ? or nak lelaki hensem tak ada duit?

hahaha...

salah satu mainan yang kita orang main untuk malam ini..
dah tak tahu main buat ape agak ye..

aku pun satu ada kerja sengaja gatal mulut dan tangan join sekali budak-budak ini....


ada yang nak yang kaya tapi tua
dan ada pulak nak yang hensem tapi miskin..
ada palnning jahat la ni dalam otak masing-masing

bagi lelaki yang membaca blog ini korang jangan nak marah-marah pulak

kita orang saje-saje mengisi masa terluang yang tak berape terluang ini


nak share la antara alasan yang diberi dan diperdebatkan..

Memilih lelaki kaya tapi tua

alasan yang paling femous adalah

"kalu orang itu mati duit dapat kat kita.".

dasar mata duitan..

biasalah perempuan...

(tapi tak semua perempuan macam itu kan...)


yang pilih lelaki hensem tPI Tdik berduit pulak

alasan nye teruk..
" orang lain bukan tahupun kita ada duit ke tak

pakai smart-smart , pandai bergaya orang mesti kata kita kaya.."

hahaha..


Daripada ape yang korang baca, dengan mata yang melihat dan telinga yang mendengar...
ini semua membuatkan anda terfikir tentang jawapan permainan bodoh ini..
sekaligus menguji diri anda mengenai kejujuran dan keperibadian diri anda..
hmmmm...betul..
orang lain tidak akan tahu apa jawapan yang benar dari hati anda kerana mulut boleh berbohong, mata boleh mengenyit
hati yang satu sukar untuk dibaca apatah lagi untuk ditelaah.

Tidak kisah mana satu keputusan anda ia langsung tidak memberi kesan kapada diri ini..
masing-masing mempunyai corak kehidupan dan paksi putaran yang tersendiri
jangan menyesal dengan pilihan anda lakukan membawa kepada kekecewaan dan kesengsaraan
dan jangan biarkan diri anda diselubungi bayang penyesalan.

Masing-masing mungkin mempunyai alasan-alasan yang kukuh dan jitu yang lahir dari hati yang kecil dan murni itu
..


pe2pun good luck untuk kehidupan korang semua.

TANGGUH KERJA --- HOBI


Alamak banyak kerja kane buat malam ini...

nak siapkan 10 post untuk blog ini pun dah tak larat..
itulah...
dah PM Kamil kasi awal-awal tak nak buat awal-awal...
akibat nye mulalah cerita merapu dan remeh pun nak tulis...

best jugak ada blog ini..boleh merepek-remek, membebel sorang-sorang...
rasa main tulis surat cinta pun ada.
hahaha..

PM kalau PM tak suruh buat blog ini.
tidak ada makna nte aku mahu berceloteh dan bermain dengan kata-kata waktu malam-malam ini
lagipun aku bukan pandai sangat benda-benda teknologi dan ini
malas nak melayan semau ini..

tapi aku tak boleh sangkal
Blog ini sedikit sebanyak mengajar aku tentang penggunaan internet
ape-ape pun terima kasih untuk ain, hasib, dan semua lah yang bantu bibi nak create blog ini
terima kasih kawan

malaM Yang memaLuKan


hahaha..

Dah lama tak keluar malam
macam along/karok kata
" nak jadi kupu-kupu malam"

best jugak merayap tanpa arah tuju yang pasti lagi tersuluh
bertemankan bionzer pi umah budak diploma kat dungun
dan cilup-cilup buat questionner untuk subjek BEL


Malam ini sejuk nya terasa sanpai ke tulang hitam walaupun tak pernah tengok tulang hitam kat mane
mane tak ye.. hujan lebat turun pada sebelah petang nyaturun ke bumi
tambahkan lagi naik motor..
angin pulak sepoi-sepoi bahasa ..
sopan santun je lalu langgar badan..

sampai je kat rumah die orang bukan nak call atau masej
yang nak cakap dah tercegat kat depan rumah
la..
dengan muka selamba
di hon ye berkali-kali

memanggil-mamanggil berkali-kali
digoncang je pagar berkali-kali

tetap tak dengar
macam orang giler je duduk kat situ

sampaikan cikgu sebelah menjenguk keluar

tersengih tersipu malu dibuat nye


"adik, kasi salam mungkin die orang dengar"

waduh... malu seeyh..

tebal je muka dibuat ye..
dah la cikgu lelaki yang tegur
dasar perempuan tak tahu malu buat kecoh depan rumah orang di malam hari
tiba-tiba pulak kene belajar adab bertandang ke rumah orang dengan die

hahaha......

kalau cikgu itu perempuan tak pe tapi ini cikgu lelaki
muda pulak tu..
isshh...malu giler dibuat ye

lepas ini memang comfirm pergi rumah orang dah pandai kasi salam panjang

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABAROKATUH..

hihihi...




Hati pelaJaR

Bangun seawal 6.30 alarm berbunyi..
apa lagi mulalah nak menarik ..tarik itu, tarik ini..
malas nak bangun katakan
itulah rutin harian..
tapi nak tak nak kene bangun jugak..
Mengigil badan dibuatnya dek siraman air di kolah mandi
tapi... tak sehebat dinginan air pagi telaga yang pernah dirasa di BTN
berniatkan kerana Allah air dicucuri membersihkan diri untuk berwuduk
diharapkan air yang mengalir dapat membawa dosa-dosa kecil yang telah aku lakukan.
bermula dengan Alllahakhbar dan dia akhiri salam bermulalah kehidupan ku yang seterusnya
menunaikan tanggungjawab ku sebagai seorang anak dan pelajar.
duit diberi, makan ditanggung, keperluaan dan kehendak dituruti..
itulah yang abah sanggup korbankan dan berikan untuk puterinya
hanya datang ke kuliah dan belajar bersungguh-sungguh itu sahaja balasan yang dimahukannya
ini semua untuk memastikan aku tidak hidup dalam kesusahan, miskin ilmu, dan menderita pada masa hadapan.
manusia selalu melakukan kesilapan walaupun telah di ingati setiap masa
sama macam aku..
dek iman yang lemah
ada sahaja perbuatan jahat yang menyulami jam- jam ibadah di dalam kelas
conteng-conteng, lukis-lukis, sembang-sembang, usik-usik
dan macam-macam lah yang diri ini buat..
dasar perempuan betul!!!
Dari matahari menyinari sehingga bulan menunjukkan diri
melengkapi putaran paksinya
dan aku pula dengan paksi kehidupan yang tersendiri
test, assignment, quiz, report dan lain-lai membanjiri diri
nak tak nak kene buat
ini tanggungjawab pelajar..
dibuat hati yang ikhlas ditambahNya pahala ibadah
itulah kekuatan untuk menyiapkannya..
dalam masa dua bulan lagi semua yang dipelajari akan diuji
di atas kertas , di dalam kelas ,di dalam dewan semua itu akan diuji.
masa inilah dapat menilai apa diri ini telah lakukan
hanya banyak barmain.., leka dengan kebebasan kehidupan... atau mengabdikan diri dengan ilmu
sudah diberi peluang untuk membaiki diri,bertanya,mengulang kaji dan beraktiviti
selepas ini tiada lagi penyesalan perlu difikiri
kehidupan perlu diteruskan
"sesungguhnya tuhan memberi apa yang kita perlukan
bukannya apa yang kita mahukan.."
ingat kehidupan sebagai seoraang pelajar penuh dengan kelekaan
kerana tulang keringat ini belum merasa
kepenatan, kepayahan untuk mencari rezeki
malam berlabuh menutup tirai kehidupan
tertutuplah mata yang melihat ini
diharap semoga ada sinar kehidupan besoknya
langkah dan tari menyusun seri
agar kehidupan ini lebih bererti.

Sunday, August 16, 2009


I used to think
I had the answers to everything
Mm but now I know
That life doesnt always go my way. yeah
Feels like Im caught in the middle
Thats when I realize

Im not a girl
Not yet a woman
All I need is time
A moment that is mine
While Im in between
Im not a girl

There is no need to protect me
Its time that i
Learned to face up to this on my own
Ive seen so much more than you know now
So dont tell me to shut my eyesIm not a girl
Not yet a woman

All I need is time
A moment that is mine
While Im in between
Im not a girl

But if you look at me closely
You will see it in my eyes
This girl will always find her way

Im not a girl
Im not a girl dont tell me what to believe
Not yet a woman
Im just tryin to find the woman in me, yeah
All I need is time
Whoa, all I need is time...
A moment that is mine
... thats mine
While Im in between
Im not a girl
Not yet a woman

Not nowAll I need is time
A moment that is mine
While Im in between

Im not a girl

Ooooh, not yet a woman

boring seyh!!




lalalalalalala..........

Saturday, August 15, 2009

fooD + EAT + fooD + EAT !!!!!


hEBAT SEeh makanan yang ada kat Malaysia ini..
nak makan apa cakap je..
makanan masakan melayu.china, india, barat, jepun dan semualah ada kat sini
sebulan hidup untuk makan pun makanan kat Malaysia tak habis tau
kalau tak puas hati lagi makanan yang ada kat pasaran
hmmm.....boleh pi kat "Dapur" sendiri...
Tak reti masak..
itu bukan alasan untuk tidak makan...
makan selagi boleh makan maaa....

Sekarang kalau ditanya bab makan
laju sahaje nak makan ye...
baru siap makan nasi ada lagi makanan ' PARASIT" yang lain beratur menunggu..
nak cakap tak baca bismillah... baca
nak cakap ada cacing dalam perut...dah makan ubat cacing
hmmm... ini mesti dasar nafsu sya'ban
hahaha...
lepas ini kan bulan ramahdan
boleh makan malam je...huhuhu

sekuat mane pun nafsu makan sekarang ini
tak kemane jugak kita dapat pergi
yeelah kalau nak lihat orang yang kat luar sana bersepah sedang kelaparan
lemah jugak bila melihat orang yang tak cukup makan
baru nak suap dalam mulut...
ada yang melihat dari jauh...
tak salah pun kan kalau berkongsi makanan yang kita ada kan...
bukan lah sampai berkongsi satu pinggan satu..
kongsi dari sudut kewangan pun boleh dikira berkongsi makanan
nanti dapat lah mereka membeli makanan untuk mengisi perit yang keroncong

apa yang kita makan itulah yang akan menjadi darah daging kita
walau sehebat mane pun makanan yang kita ada tapi tidak berkongsi
kita sebenarnya belum menikmati keseluruhan nikmat rezeki yang kita miliki
kalau nak makan lagi banyak
dan menikmati keseronokan dunia yang manusia cipta kan dengan penciptaan makanan
jangan takut untuk berkonsi makanan yang kita ada dengan hati yang
ikhlas suci
tuhan akan melipat gandakan apa yang kita ada..


Tuesday, August 11, 2009

40 JIRAN


Hidup di dunia siapa tak mahu bahagia..

kalau boleh nak buat apa sahaja selagi tulang empat kerat ini berdaya..

peraturan dunia mahu saja dilanggar apatah lagi peraturan Nya..


Selagi dalam kiraan 40 buah rumah disekeliling kita

itulah jiran tetangga kita..
pelbagai ragam, gaya, dan agenda tersendiri yang mewarnai teraian kehidupan

ada yang joyah, ramah tamah, pemalu, sopan, pendiam, sombong, tak kedekut, pengintai itulah jiran kita...

merekalah ibarat perencah dalam kehidupan

dan ibarat perencah dalam masakan pemujuk nafsu diri..

ikut kata hati tanpa mereka semua boleh sahaja aku hidup mengirup udara segar di alam duniawi

mengiraukan mereka mau dibuat penat badan yang rapuh ini

apatah lagi difikirkan masa y ang berlalu tidak kembali...

senang cerita tidak kenal mereka semua pun tak pe..

bak kata orang "lu mati lu punya kubur sendiri ma"...

kalau diikut kata hati memang senang dibawa mati

Tapi bagi anak Melayu dan berpegang kepada prinsip kehidupan tertentu

ini bukan denai jalanan yang benar
berpaksikan puratan kehidupan penuh warna kesamaran

diperkuatkan kerelaan diri, merendahksn diri yang keldil ini dalam menyulam ikatan kasih kejiranan


setakat bertanya khabar, bersembang atau ucapan salam

tak kan habis suara dalam peti suara kalau diikutkan logic akal..
bukan dibayar semua ini,

bukan rugi emas permata dan harta benda

tidak pula berhutang nyawa dalam aturan ini.


ringan sahaja susunan langkah dan tari..

menegur rijan yang selama ini dikata sombong dan tidak berperi

disangkakan tiada perasaan dalam diri

rupa-rupanya ada sebab diperlakukan sebegini

mahu sahaja ditanya tapi apakan daya budak mentah seperti diri ini

menghitung hari demi hari menanti dan memerhati sahaja gerakan dan tari

sehinggalah terbuka bidai diri berkongsi cerita.
Wanita yang selama ini ku pandang penuh mesteri

rupa-rupanya manis semanis madu tualang
megatur gerakan tanggungan dan bebanan dengan cara yang tersendiri

itulah wanita yang hidup dengan dua panggilan

dia lah ibu dialah bapa
1001 satu cerita dan rahsia daripadanya diambil sebagai panduan dalam menjalani kehidupan pada hari mendatang.

Jangan pandai menilai sesuatu dengan tafsiran buatan sendiri

mungkin ada kisah yang tersendiri

manusia selalu melakukan kesilapan walaupun selalu mengingatinya.
maafkan ku

Diri mu dan diri ku

Lahir sahaja di dunia ini
segala rencana kehidupan sudah penuh dengan aturan, rentak, melodi dan gayanya yang tersendiri.....
kita sibuk merancang tapi tuhan menentukan segalanya...
bila dah bergema "kunfayakun"dari Nya
maka terjadilah segala pemahuan dan kehendakNya
walaupun kita membencinya,menyukainya atau merelakannya ia akan tetap berlaku

Sekadar menumpang kasih dan budi dibumi ciptaan-Nya
yang penuh dengan mainan fantasi ciptaan manusia sendiri & $$$$$...
manusia hanyut lemas dalam mainan perjudian dan percaturan ciptaan mereka...
ada yang menang dan ada yang kalah..
ada yang terus hanyut dan alpa dalam kemenangan dan kekalahan ini..
dan ada pula yang mengerti kemenangan dan kekalahan ini bukan milik mereka sebenarnya..
tapi itu semua milik yang Satu mereka terus berkongsi apa yang perlu hendaknya..

dari saat ke saat...
dari minit ke minit...
dari hari ke hari...
dari bulan ke bulan...
dari tahun ke tahun...
kita dah semakin hampir dengan Pencipta yang Esa...

Bukan ada alarm, pengukur waktu atau pemberita lapor tarikh mati kita
tak pula ada orang yang datang mempelawa diri untuk menanggung azab atas perbuatan diri kita pula..
semua ditanggung sendiri !!!!!
sama ada di alam sana perjalanan nya seluas lautan biru ataupun..
selebar halusan sehelai rambut yang hitam lagi kotor...
ataupun..
penuh dengan warna-warna keindahan,kebahagian ataupun penuh dengan penaung keteduhan
Ataupun sebaliknya
iaitu semak, kusut, serabut dengan penderitaan, kesengsaran, penyesalan yang tak berguna.

Walau manusia sedarlah kamu sebelum roh terpisah dari badan..
sebelum tanah mengembus badan...
sebelum talkin diajukan...