Saturday, October 17, 2009

CeTak RompAK @ OriginaL

Bukan focus kepada sesuatu aspect..
tidak kira, kehidupan, perbuatan, mahu pun amalan seharian..
tidak tahu mana satu yang betul dan palsu..

Lihat sahaja kepada manusia..
sebagai manusia pun kita tidak dapat membezakan dengan tepat
siapa yang baik dan siapa yang nakal
siapa yang lembut dan siapa yang keras
siapa yang alim dan siapa yang kufur
siapa yang jujur dan siapa yang pendusta

kalau kita tahu semua ini
tiada pula wujudnya perumpamaan "talam dua muka", " duri dalam daging",dll

kenapa perlu berlaku baik sedangkan diri itu sebaliknya..
kenapa mahu berlindung dengan amalan-amalan mulia sedangkan itu semua ibarat sehelai tirai kainan yang membuai diri dek tiupan angin yang tidak menentu..

Mungkin ada sesuatu yang terjadi kepada diri itu..
takut akan keluarga
takut akan kawan-kawan dan kenalan
ataupun takut kepada siapa..

manusia pandai sahaja berkata-kata
butir bicara lancar terpacu..
namun seramai mana yang dapat melunaskan kata janji mereka diatas setiap kata bicaranya..
tiada jawapan yang khusus untuk soalan ini

mungkin ia terjadi kerana yang satu......

No comments:

Post a Comment