Saturday, September 26, 2009

Raya datang lagi...


Semenjak bulan Syawal datang ini hati senang bangat...

bukan apa....

buka mata, pejam mata ....ishhhh ishhhh ishhh

makanan saja yang nampak sepanjang-panjang meja

pergi mana- mana pun dapat tengok makanan..

Nak makan apa cakap saja semua ada...

Tak cukup kat rumah jangan bimbang...

pergi jalan-jalan dan masuk saja rumah mana-mana dan cari mana yang berkenan di hati..

raya katakan... redah je rumah sapa-sapa tiada hal punya...


Raya kali ini lain sikit gaya dan agendanya...

beraya dengan "mak baru " kata kan .....

semua benda baru...agak confuse lihat semua ini..

tapi apa boleh buat...

pelik pun ada , suka pun ada, penat pun ada..

tapi tu bukan halangan untuk memenuhi nafsu Syawal kali ini..

setiap kali orang datang setiap kali tu la aku menjamah makanan..

bukan makan yang ringan-ringan tapi seberat-berat alam yang ditelannya..

nasi minyak,nasi dagang, lontong, satay,soto,rendang, lemang,ketupat dan semua lah di telannya dalam masa satu hari...

nak kata tidak baca doa...baca

tapi nafsu makannya tinggi semacam je..

nafsu sYawal katakan faham-faham sajalah...


Hari raya pertama masih sama aktivitinya...

cuma tidur ku tidak diganggu seperti malam-malam raya sebelum ini..

semua juadah raya sediakan oleh kakak,adik,abah dan mak baru...

tapi bab hidang-hidang muka ini la yang menjadi mangsa dipagi hati sebelum pi solat raya..

tidak cukup dengan itu..pi umah jiran tetangga bagi atau bertukar jaudah di pagi raya..

iaitu satu adat atau amalan orang dulu-dulu..

lepas pi solat raya da kubur.. masa yang dinantikan telah tiba..

sambung......hahaha





Wednesday, September 02, 2009

Manusia...manusia

Manusia kaya dengan pelbagaian gaya, ragam,perwatakan yang tersendiri.
ada yang indah di pandang dari mata
namum ada pula yang sebaliknya
jelik atau tidak mata ini memandang
bukan aku menilainya
tetapi hanya Allah yang Esa.

Bertafakur melihat keindahan dunia
kadang kala ia dibayangi beberapa episod kehidupan manusia
dicalari oleh gelagat manusia yang mungkin merekasendiri tidak mengenali diri mereka itu.

Dicipta sebaik-baik kejadian
namun diubah mengikut gerak hati mereka yang tersendiri
mudah saja untuk mereka menarik perhatian ramai
gelak tawa hilai dan butir-butir bicara mencuri perhatian..
ada yang maki, ada yang menghendik dan ada pula yang melayani