Sunday, October 18, 2009

TuisyeN

Hahaha...dah jadi macam berada dibawah kawalan "CIKGU" yang penyayang pada malam ini..
walaupun hati tidak dapat study pada malam ini ..
tapi bibi beruntung kerna bibi ada seorang cikgu yang baik hati..

Tiba-tiba masuk bilik dan mengaku cikgu..
ayat pertama..
" ok murid-murid hari ini tidak ada Good Morning untuk Cikgu macam biasa ye"
walaupun ini buat kali pertama ...
hahaha..dah la malam entah dari mana datang pun tahu..
tapi cikgu ini cantik and cute..
layan jelalah..

Sambil pegang buku Channel..
terus bukak chapter 7 dan terang pasal product..
yang tak tahan,berdiri pun tidak betul ( ala-ala mabuk) datang mengajar..
cara die terang bukan macam cikgu biasa..
nada suara kadang-kadang serious, cam kartun pun ada, dan tiba-tiba nak nagis pun ada...
ape kene dengan cikgu ini..
bibi dan ain tetap layan..

Kita oraNg layan lama jugak la
lebih 15minit cam tulah...
tiba-tiba die stop..
boleh pulak bukak facebook..
tinggalkan anak murid terkontang kanting
entah.. maybe cikgu part time untuk 15minit je kot..
Tapi ini pengalaman paling manis dengan seorang cikgu cantik manis..
itulah pengalama dengan cikgu AinOrAtiQah

ApE NAK bUat

Kalau study dah malas , apa lagi yang boleh buat..
bukan nak mangadap laptop je 24jam..
nak makan dah rasa malas nak mengunyah..
nak tidur siang nanti malam susah nak tidur..
nak keluar jalan-jalan, rasa macam malas saja..
lagipun cuaca panat dan tidak sesuai iuntuk orang berpuasa..

Dari sahari ke sahari..
berat badan dah naik..
nak buat pe lagi ini..
ishhh...ape semua ini

dah wujud perasaan bosan memnanti hari berikutnya menyidari alam..
arghhh..
ape ini...
bosan..
jangan ajar diri itu selalu menyebut bosan..
nanti bosan kehidupan sepanjang zaman baru tahu..
dah la dah naik out,out,out..
bye..

JAngAN bACA

Ape kene dengan malam ini!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
besok, lusa , tulat dan lain- lain ada test..
tapi kenapa malas nak study..

Buka buku tapi aaaa....
Baca pun tak faham..
ape lagi nak masukkan input..
buang masa betul....
cikgu cakap study smart bukan ye study hard....
aduh ape nak jadi ini..

Tapi tadi dah pasang niat tak nak study dalam minggu ini untuk apa-apa test pun...
test MARKETING RESEARCH, MACOM and CHANNEL..
aduhhhhhh..............
assingment ada yang belum siap jugak...
tah la nak cakap ape..

Tolong ..
kembalikan semangat aku..
plez..
plez..
plez..
plez..
plez..
plezz..

Saturday, October 17, 2009

bErAKHIRnYa sYAWAL

Setiap kali kedatangan Syawal
semua masyarakat beragama Islam akan menanti dengan penuh kesabaran..
puasa dikerjakan sepanjang bulan ramadhan..
nafsu hati, mata, telinga dijaga rapi...
tapi apa yang akan terjadi selepas Ramadhan ini..
adakah manusia kembali tewas kepada nafsu atau sebaliknya.

Masih ada ibadat lanjutan untuk membantu menjaga diri..
berpuasa sebanyak enam hari sepanjang bulan ramadhan..
ia dapat menjaga hati, mata, perbuatan dan tingkah laku dalan kehidupan..
ibarat berpuasa selama setahun itulah ganjaran dari illahi..
namun tidak ramai mengerjarnya kerana
mungkin tidak mengetahui...
atau terfikir sudah cukup berpuasa sebulan sebelumnya..
atau ..........

Wahai manusia ingatlah
Telah dikabarkan kepada umat manusia ..
balasan yang indah lagi agung menanti diatas setiap amal amalan mu itu...


19 oktober 2009 berakhirnya Syawal yang mulia...

CeTak RompAK @ OriginaL

Bukan focus kepada sesuatu aspect..
tidak kira, kehidupan, perbuatan, mahu pun amalan seharian..
tidak tahu mana satu yang betul dan palsu..

Lihat sahaja kepada manusia..
sebagai manusia pun kita tidak dapat membezakan dengan tepat
siapa yang baik dan siapa yang nakal
siapa yang lembut dan siapa yang keras
siapa yang alim dan siapa yang kufur
siapa yang jujur dan siapa yang pendusta

kalau kita tahu semua ini
tiada pula wujudnya perumpamaan "talam dua muka", " duri dalam daging",dll

kenapa perlu berlaku baik sedangkan diri itu sebaliknya..
kenapa mahu berlindung dengan amalan-amalan mulia sedangkan itu semua ibarat sehelai tirai kainan yang membuai diri dek tiupan angin yang tidak menentu..

Mungkin ada sesuatu yang terjadi kepada diri itu..
takut akan keluarga
takut akan kawan-kawan dan kenalan
ataupun takut kepada siapa..

manusia pandai sahaja berkata-kata
butir bicara lancar terpacu..
namun seramai mana yang dapat melunaskan kata janji mereka diatas setiap kata bicaranya..
tiada jawapan yang khusus untuk soalan ini

mungkin ia terjadi kerana yang satu......

KreatiF












Kreatif dapat diungkap dengan pelbagai cara dan gaya ..
selagi hasil tangan itu nampak unique dan sedap mata menandang...
kreatif boleh digunakan bagi menghargai hasil kerja tangan ini..
serta hasil dari daya pemikiran yang tersendiri..

Contoh salah satu hasil kerja yang kreatif yang berjaya dirakam dan diabadikan adalah seperti gaya penggambilan gambar ini..
tapi ini terpulang kepada individual untuk membuat penilaian diatas hasil krewatif itu sendiri..
Diaharapkan masih wujud kekreatifan didalam diri semua individual
supaya ia dapat menceriakan kehidupan..




BULLET yang pandai....











COMEL TAK bULLET TEnGAH STUDY.....
dIE kESAIan sanGat teNgOK BibI STudy...
So dia naK StuDY jUGak Sama-Sama dengAN BiBI..HahAha
Kan Best kaLua BulleT bEtul-Beul BoleeH stuDY...
BolEH PI sEKolah saMa-sAMA DAn StAdy sama-SaMA..

TAPi Semua ini MustaHil Akan Terjadi...
KewuJudan BuLLet haNya UntUK berMain
SekaDAR menGHIlanhgkan TenSIOn, keBoSaNAN..
dan TempAT UNtuK berkONgsI KAsiH SayANg selIAN hAMBA maNUSIA CiPtaan ALLAH yaNg SatU..

DEEPAVALI..huhuhu..


















Hari deepavali selama ini macam tak kasi apa-apa maksud dalam kehidupan
tapi lain pulak pada tahun ini...
senang cerita segamat ini berbilang bangsa dan bibi bekenalan dengan dia orang
nak compare dengan Terengganu..bibi tak ada kenal berbangsa India untuk dikunjungi.

Rancangan awal pada pagi deepavali ini bibi, ain,ainor, farah, dan badik nak pergi makan soto kat kampung Jawa..
tapi telajak tidur coz kepenatan pada malam sebelumnya (buat assingment) dan lepak kat mapley
Kita orang tidak jadi pi makan soto.
Nak sambut deepavali jugak tahun ini..
last-last kita orang oi rumah aci kat taman bunga raya...
yang pergi bibi, ain, farah,alin dan anaa...
bukan main suka nak pergi beraya ini...
sampai je kat rumah aci ..
yang ada aci dan cucu nya...
boleh tahun cucu dia..hahaha...
kita orang makan maruku dan kuih raya..
dan tapi tiba-tiba pulak aci cakap nak masak capati
kita orang ape lagi tersipu malu tapi mahu la jawab nya...
kita orang tolong aci masak capati..
makan capati dengan kari ayam dan kari kambing..
perrghhh... " sedap sungguh " rasa nya....


Aci tu tunjuk jugak gambar suami, anak,dan cucu dia yang meninggal..
dan dia nagis sebab rindu mereka semua..
kita orang terharu dengan aci..
apepun aci dah jalani kehidupan setabah mungkin..
bangga la dengan aci...
Atar BelaKanG aCI
# nama Paramiswari
#kematiaan suami yang pernah berkerja JKR
#mempunyai 4 orang anak (2perempuan 2lelaki)
#seorang anak lelaki sudah meninggal dan satu lagi kurang sihat
#anak perempuan1 tinggal di Singapore, dan 1 lagi tinggal di Negeri sembilan
#seorang cucu yang paling rapat dengan nya..
#cucu kesayangan belajar di England dan sekarang berkerja engineer
#mengamalkan gaya hidup berserdaha



















Friday, October 16, 2009

mUFFINnnnn.....














COmel, cantik,cute , and sedap je kalau tengok muffin yang telah terhias indah..
Pada mulanya terfikir jugak macam mane dia orang boleh hias muffin ini dengan menggunakan gula krim, plotety dan macam-macam la..
Dulu muffin dipasaran tidak dihias..
tapi lain pulak pada masa sekarang...
ada macam-macam corak dan design telah dibuat.

Ingat lagi masa adik kesayangan bertunang, dulang balasankepada pihak lelaki untuk manisan kita orang kasi muffin...
dan semua yang datangpun kita orang kasi muffin
siap tempah khas untuk majlis pertunangan dia..
kadang-kadang sampai sayang nak makan..
coz sayang dan cantik sangat...

Hati ini terasa macam nak belajar macam mana nak buat muffin ini..
dan akhirnya dapat juga temui the best resipi muffin pada penilaian bibi

1. Ingredients

1 (6 ounce) package STOVE TOP Stuffing Mix for Chicken
12 eggs
3 tablespoons OSCAR MAYER Real Bacon Bits
1 cup KRAFT Shredded Colby & Monterey Jack Cheese

2. Cooking Directions
Preheat oven to 400 degrees F. Psepare stuffing mix as directed on package, omitting stand time. Spray muffin cups with cooking spray. Press 1/4 cup stuffing firmly onto bottom and up sides of 12 muffin cups, forming about 1/4-inch rim around top of cup.
Crack 1 egg into each stuffing cup. Sprinkle with bacon bits and cheese.
Bake 20 min. or until yolks are set. Let stand 5 min. before serving.
Yield: 6 servings

-seLamaT mEngCuBA-

aTTEnTion!!!!!!


"Makin kita mendekati-Nya
makin banyak doa, makin banyak ujian yang menimpa
kerana segala yang dipinta tidak akan datang
dengan segera tapi ia akan diperolihi apabila
kita berjaya mengharungi ujian yang diberikan
kerana Dia memberi apa yang kita mahu
tapi Dia memberi apa yang perlu"
"Sabar ialah ubat segala derita..
berkat kesempatan itu ada ganjaran-Nya
Dari-Nya ..."

"Tidak terasa bila dia pergi...
tapi sayu bila dia tidak kembali..
mencarinya dengan hati yang indah daripada memiliki.
Dia datang tanpa seruan
Dia pergi tanpa alasan.
Kejarlah dia sebelum hilang dari pada pandangan
kerana hadirnya anugerah yang tiada bandingan..."

OcTOber


Bila jadi student satu sahaja yang tidak boleh terlepas iaitu belajar...
Belajar memang best..
Tapi yang menguji diri sangat bila banyak kerja yang kene buat..
masing-masing dah beratur panjang nak masuk turn untuk diselesaikan..
tengok sahaja kelender bulan october ini..
dari 1 october hingga akhir bulan dah penuh..
sampaikan tiada ruang lagi untuk mencatat apa yang perlu lakukan pada bulan october ini...

Test, assingment, presentation tersusun rapi tarikh nya nak kene hantar..
tapi lagi memeningkan bila tarikh test hanya selang sahari..
nak baca lagi, nak buat report lagi, subject lain punya kerja lagi..itulah yang tidak boleh tahan.

Tarikh final exam dah dekat..
tapi assingment masih ada yang belum buat..

SALES presentation belum sentuh lagi..
report MARKETING RESEARCH belum buat lagi..
MACOM punye report product belum buat lagi..
IM punye blog, entery belum sanpai 50 lagi...
report BEL punye research pun belum buat..
test 2 macom 22hb ni..
test 2 MR 20 hb ni..
test 2 channel 19hb ni..

HAHAHAHAHA.....
gELAK LA BEramai-RamaI UNtUK hIlaNgKan Tension..

Jangan tangguh kerja dan jangan pinda mana-mana tarikh untuk semua kerja ini adalah sangat baik..
ikut sahaja mengikut turutannya..
kerana ia memberi kebaikan untuk kita dalam mengikut agenda-agenda pada musim peperiksaan

UsaHa TanGga keJayaaN
Bak kata orang tua-tuap--------------------------------------------------00000000000000000000000000;lpoo (sory ini arnab bibi yang taip- si bullet)

Bak kata orang tua-tua
" Segala apa yang dipinta tidak akan datang segera tetapi ia akan diperolehi apabila kita berjaya mengharungi ujian yang diberikan kerana Allah tidak memberi apa yang kita mahu tapi Dia akan memberi apa yang kita perlu'

" Kejayaan dan Kegagalan terletak ditangan kita sendiri"

Thursday, October 15, 2009

Lepaking with Kawans, hahaha....

Hidup mana penah tak bosan...
memang kan ada yang bosan punye.
tapi tak tahulah kan korang ini memang jenis tak pernah bosan dalam kehidupan or aktiviti sehariaan...
Antara perkara yang akan dilakukan semasa kebosanan
terutama ye semenjak hidup kat Segamat ini kan adalah Lepak dengan kawan-kawan...
cakap je nak kemana kita orang akan pergi punya..tapi kadang-kadang kene tengok masa jugak laaa..
tiada apa pun berkara yang dapat menghalang daripada melepak...
Kalau nak cakap tentang tempat kita orang memang tidak mengiralah...
dekat KEDAI MAMAK, RESTORAN, AIR TERJUN, DEPAN RUMAH, BELAKANG RUMAH, TAMAN, TEPI JALAN, RUMAH KAWAN, TEPI LONGKANG semua kita orang balun tau..
Selagi boleh makan-makan, duduk-duduk, bergosip dan dan kenekan orang selagi itu kita orang boleh melepak.



Kalau bab masa pulak..kita orang tak kisah sangat..cakap je pukul or waktu mana..
selagi boleh pergi kita orang lincah saja
Awal pagi, tengah malam, ataupun tengahari pun kita orang redah saja...
Kalau dah bosan apa lagi nak cakap...
lepaking with kawans dapat hilangkan tension seeeyhh...
Tapi kalau nak melepak kat Segamat ini tiada apa pun yang special..
kawan-kawan sendirilah yang menghidupkan suasana keceriaan..
masing-masing otak macam masuk air..
ada saja lawak yang dibuatnya...
kadang-kadang penat badan dibuatnya coz gelak memanjang
tapi mereka semua best..
5bintang untuk korang semua.....





APA YANG ADA...

"Pengembaraan agung, karya Terulung, Menyingkap Wajah Dunia

Pengembaraan IBN BATTUTAH"

Inilah diantara apa yang dapat menarik minat mata untuk mentelaah setiap kata-kata tersusun rapi didalam buku semasa pergi ke library baru-baru ini...
Entah apa yang dapat mendorong tangan ini mencapai dan menyelak helaian demi helaian pada naskah terjemaah Syed Nurul Akla Syed Abdullah dan Adi Setia Mohd Dom ini...

Walaupun belum berkesempatan untuk menghabiskan setiap helaian yang ada tetapi pelbagai pengajaran, pengetahuan, dan tauladan dan lain-lain lagi yang dapat dipelajari..

Bermula dengan cerita Meninggalkan Tanjah, satu perkara yang telah terdetik disanubari ini....
Kata Syeikh Abu 'Abdillah, " Aku keluar meninggalkan Tanjah, jana-bijanaku pada hari Khamis yang kedua dalam bulan Rejab yang unggul, bulan Allah s.w.t , tahun 725 H. dengan niat untuk menunaikan haji di Baitullah al-Haram dan menziarahi makan Rasulullah s.a.w aku keluar bersedirian tanpa teman untuk berhibur dan tanpa menyertai rombongan kalifah. Aku pergi kerana desakan jiwaku dan juga kerana rindu akan tempat-tempat suci. Kerinduaan ini telah sekian lama terpendam dalam dadaku. Oleh itu, aku membulatkan tekadku untuk meninggalkan semua yang kukasihi, wanita dan lelaki lalu berpisahlah aku dengan kampung halamanku, persis burung meninggalkan sarangnya. Ketika itu, ibu bapaku masih lagi hidup dan aku terasa berat untuk berjauhan dari mereka. Sebagaimana ibu bapaku, aku terasa menghadapi keperitan perpisahan tersebut. Pada itu, aku berusia dua puluh dua tahun"

Kalau dibandingkan dengan diri ini yang sama berusia 22 tahun...
pada sahaja yang telah aku lakukan ...
langit dan bumi sahaja setaip langkah dan berbuatan yang telah diaturkan jika dibandingkan dengan ilmuaan-ilmuaan Islam..
Pengorbanan apa yang telah aku lakukan dalam kehidupan ini.....
Boleh diumpanakan sebesar semut sahaja jika dibandingkan dengan ilmuaan-ilmuaan islam

Terpanah hati bila membaca setiap butir-butir bicara yang tertulis...
Bagai ada yang datang menghampiri menyindir setiap perbuatan aku telah lakukan...
malu rasanya pada diri sendiri..

Alam, dunia dan kehidupan masih berpusing mengikut putaran , paksi dan aturannya..
Mungkin masih ada kesempatan untuk mengubah setiap kesilapan dan kesalahan yang telah dilakukan oleh diri ini ..

Mengejar...mengejar dan terus mengejar
Itulah yang akan aku lakukan untuk mencapai kejayaan dan kesempurnaan didalam hidup..
Ataupun aku tahu tiada apa yang sempurna dalam dunia ini kecuali ciptaan Ilahi...

NEW POST

Hari ini dah 15 oct 2009
last post 26 sept 2009

lama sangat dibiar kan blog ini kekosongan...
adakah masa yang menghalang aku berbuat demikian atau pun tiada apa yang perlu berkongsi bersama...
nak kata tiada cerita..
banyak sahaja yang boleh dibicarakan tetapi jawapan yang pasti diri ini malas sahaja untuk menaip setiap patah bicara hati yang tersembunyi...

Tetapi akan ku hidupkan kembali blog yang hampir mati ini....
dengan jujurnya boleh dikatakan blog ini diwujudkan bagi memenuhi sukatan pelajaran PM Kamel iaitu Internet Marketing.
betul la kata orang tua-tua ..
"jangan dipaksa pada yang tak suka"
dan ini lah jadinya...
new post hanya dihantar dalam keadaan terdesak..

Tatapi sejak akhir-akhir ini terasa sayang je pada blog ini..
tak kenal maka tak cinta...
kerana blog ini dapat menghubungkan aku dan dia...
hahaha....