Tuesday, August 11, 2009

40 JIRAN


Hidup di dunia siapa tak mahu bahagia..

kalau boleh nak buat apa sahaja selagi tulang empat kerat ini berdaya..

peraturan dunia mahu saja dilanggar apatah lagi peraturan Nya..


Selagi dalam kiraan 40 buah rumah disekeliling kita

itulah jiran tetangga kita..
pelbagai ragam, gaya, dan agenda tersendiri yang mewarnai teraian kehidupan

ada yang joyah, ramah tamah, pemalu, sopan, pendiam, sombong, tak kedekut, pengintai itulah jiran kita...

merekalah ibarat perencah dalam kehidupan

dan ibarat perencah dalam masakan pemujuk nafsu diri..

ikut kata hati tanpa mereka semua boleh sahaja aku hidup mengirup udara segar di alam duniawi

mengiraukan mereka mau dibuat penat badan yang rapuh ini

apatah lagi difikirkan masa y ang berlalu tidak kembali...

senang cerita tidak kenal mereka semua pun tak pe..

bak kata orang "lu mati lu punya kubur sendiri ma"...

kalau diikut kata hati memang senang dibawa mati

Tapi bagi anak Melayu dan berpegang kepada prinsip kehidupan tertentu

ini bukan denai jalanan yang benar
berpaksikan puratan kehidupan penuh warna kesamaran

diperkuatkan kerelaan diri, merendahksn diri yang keldil ini dalam menyulam ikatan kasih kejiranan


setakat bertanya khabar, bersembang atau ucapan salam

tak kan habis suara dalam peti suara kalau diikutkan logic akal..
bukan dibayar semua ini,

bukan rugi emas permata dan harta benda

tidak pula berhutang nyawa dalam aturan ini.


ringan sahaja susunan langkah dan tari..

menegur rijan yang selama ini dikata sombong dan tidak berperi

disangkakan tiada perasaan dalam diri

rupa-rupanya ada sebab diperlakukan sebegini

mahu sahaja ditanya tapi apakan daya budak mentah seperti diri ini

menghitung hari demi hari menanti dan memerhati sahaja gerakan dan tari

sehinggalah terbuka bidai diri berkongsi cerita.
Wanita yang selama ini ku pandang penuh mesteri

rupa-rupanya manis semanis madu tualang
megatur gerakan tanggungan dan bebanan dengan cara yang tersendiri

itulah wanita yang hidup dengan dua panggilan

dia lah ibu dialah bapa
1001 satu cerita dan rahsia daripadanya diambil sebagai panduan dalam menjalani kehidupan pada hari mendatang.

Jangan pandai menilai sesuatu dengan tafsiran buatan sendiri

mungkin ada kisah yang tersendiri

manusia selalu melakukan kesilapan walaupun selalu mengingatinya.
maafkan ku

2 comments:

  1. alaa b..kias2 plak..bg jew la tw sape yg di maksudkan tuh..haha

    ReplyDelete
  2. ishh.. malulah kamu..
    buat-buat tahu je lah kamu..
    hahaha...

    ReplyDelete