Monday, August 17, 2009

Hati pelaJaR

Bangun seawal 6.30 alarm berbunyi..
apa lagi mulalah nak menarik ..tarik itu, tarik ini..
malas nak bangun katakan
itulah rutin harian..
tapi nak tak nak kene bangun jugak..
Mengigil badan dibuatnya dek siraman air di kolah mandi
tapi... tak sehebat dinginan air pagi telaga yang pernah dirasa di BTN
berniatkan kerana Allah air dicucuri membersihkan diri untuk berwuduk
diharapkan air yang mengalir dapat membawa dosa-dosa kecil yang telah aku lakukan.
bermula dengan Alllahakhbar dan dia akhiri salam bermulalah kehidupan ku yang seterusnya
menunaikan tanggungjawab ku sebagai seorang anak dan pelajar.
duit diberi, makan ditanggung, keperluaan dan kehendak dituruti..
itulah yang abah sanggup korbankan dan berikan untuk puterinya
hanya datang ke kuliah dan belajar bersungguh-sungguh itu sahaja balasan yang dimahukannya
ini semua untuk memastikan aku tidak hidup dalam kesusahan, miskin ilmu, dan menderita pada masa hadapan.
manusia selalu melakukan kesilapan walaupun telah di ingati setiap masa
sama macam aku..
dek iman yang lemah
ada sahaja perbuatan jahat yang menyulami jam- jam ibadah di dalam kelas
conteng-conteng, lukis-lukis, sembang-sembang, usik-usik
dan macam-macam lah yang diri ini buat..
dasar perempuan betul!!!
Dari matahari menyinari sehingga bulan menunjukkan diri
melengkapi putaran paksinya
dan aku pula dengan paksi kehidupan yang tersendiri
test, assignment, quiz, report dan lain-lai membanjiri diri
nak tak nak kene buat
ini tanggungjawab pelajar..
dibuat hati yang ikhlas ditambahNya pahala ibadah
itulah kekuatan untuk menyiapkannya..
dalam masa dua bulan lagi semua yang dipelajari akan diuji
di atas kertas , di dalam kelas ,di dalam dewan semua itu akan diuji.
masa inilah dapat menilai apa diri ini telah lakukan
hanya banyak barmain.., leka dengan kebebasan kehidupan... atau mengabdikan diri dengan ilmu
sudah diberi peluang untuk membaiki diri,bertanya,mengulang kaji dan beraktiviti
selepas ini tiada lagi penyesalan perlu difikiri
kehidupan perlu diteruskan
"sesungguhnya tuhan memberi apa yang kita perlukan
bukannya apa yang kita mahukan.."
ingat kehidupan sebagai seoraang pelajar penuh dengan kelekaan
kerana tulang keringat ini belum merasa
kepenatan, kepayahan untuk mencari rezeki
malam berlabuh menutup tirai kehidupan
tertutuplah mata yang melihat ini
diharap semoga ada sinar kehidupan besoknya
langkah dan tari menyusun seri
agar kehidupan ini lebih bererti.

No comments:

Post a Comment