Friday, October 16, 2009

aTTEnTion!!!!!!


"Makin kita mendekati-Nya
makin banyak doa, makin banyak ujian yang menimpa
kerana segala yang dipinta tidak akan datang
dengan segera tapi ia akan diperolihi apabila
kita berjaya mengharungi ujian yang diberikan
kerana Dia memberi apa yang kita mahu
tapi Dia memberi apa yang perlu"
"Sabar ialah ubat segala derita..
berkat kesempatan itu ada ganjaran-Nya
Dari-Nya ..."

"Tidak terasa bila dia pergi...
tapi sayu bila dia tidak kembali..
mencarinya dengan hati yang indah daripada memiliki.
Dia datang tanpa seruan
Dia pergi tanpa alasan.
Kejarlah dia sebelum hilang dari pada pandangan
kerana hadirnya anugerah yang tiada bandingan..."

OcTOber


Bila jadi student satu sahaja yang tidak boleh terlepas iaitu belajar...
Belajar memang best..
Tapi yang menguji diri sangat bila banyak kerja yang kene buat..
masing-masing dah beratur panjang nak masuk turn untuk diselesaikan..
tengok sahaja kelender bulan october ini..
dari 1 october hingga akhir bulan dah penuh..
sampaikan tiada ruang lagi untuk mencatat apa yang perlu lakukan pada bulan october ini...

Test, assingment, presentation tersusun rapi tarikh nya nak kene hantar..
tapi lagi memeningkan bila tarikh test hanya selang sahari..
nak baca lagi, nak buat report lagi, subject lain punya kerja lagi..itulah yang tidak boleh tahan.

Tarikh final exam dah dekat..
tapi assingment masih ada yang belum buat..

SALES presentation belum sentuh lagi..
report MARKETING RESEARCH belum buat lagi..
MACOM punye report product belum buat lagi..
IM punye blog, entery belum sanpai 50 lagi...
report BEL punye research pun belum buat..
test 2 macom 22hb ni..
test 2 MR 20 hb ni..
test 2 channel 19hb ni..

HAHAHAHAHA.....
gELAK LA BEramai-RamaI UNtUK hIlaNgKan Tension..

Jangan tangguh kerja dan jangan pinda mana-mana tarikh untuk semua kerja ini adalah sangat baik..
ikut sahaja mengikut turutannya..
kerana ia memberi kebaikan untuk kita dalam mengikut agenda-agenda pada musim peperiksaan

UsaHa TanGga keJayaaN
Bak kata orang tua-tuap--------------------------------------------------00000000000000000000000000;lpoo (sory ini arnab bibi yang taip- si bullet)

Bak kata orang tua-tua
" Segala apa yang dipinta tidak akan datang segera tetapi ia akan diperolehi apabila kita berjaya mengharungi ujian yang diberikan kerana Allah tidak memberi apa yang kita mahu tapi Dia akan memberi apa yang kita perlu'

" Kejayaan dan Kegagalan terletak ditangan kita sendiri"

Thursday, October 15, 2009

Lepaking with Kawans, hahaha....

Hidup mana penah tak bosan...
memang kan ada yang bosan punye.
tapi tak tahulah kan korang ini memang jenis tak pernah bosan dalam kehidupan or aktiviti sehariaan...
Antara perkara yang akan dilakukan semasa kebosanan
terutama ye semenjak hidup kat Segamat ini kan adalah Lepak dengan kawan-kawan...
cakap je nak kemana kita orang akan pergi punya..tapi kadang-kadang kene tengok masa jugak laaa..
tiada apa pun berkara yang dapat menghalang daripada melepak...
Kalau nak cakap tentang tempat kita orang memang tidak mengiralah...
dekat KEDAI MAMAK, RESTORAN, AIR TERJUN, DEPAN RUMAH, BELAKANG RUMAH, TAMAN, TEPI JALAN, RUMAH KAWAN, TEPI LONGKANG semua kita orang balun tau..
Selagi boleh makan-makan, duduk-duduk, bergosip dan dan kenekan orang selagi itu kita orang boleh melepak.



Kalau bab masa pulak..kita orang tak kisah sangat..cakap je pukul or waktu mana..
selagi boleh pergi kita orang lincah saja
Awal pagi, tengah malam, ataupun tengahari pun kita orang redah saja...
Kalau dah bosan apa lagi nak cakap...
lepaking with kawans dapat hilangkan tension seeeyhh...
Tapi kalau nak melepak kat Segamat ini tiada apa pun yang special..
kawan-kawan sendirilah yang menghidupkan suasana keceriaan..
masing-masing otak macam masuk air..
ada saja lawak yang dibuatnya...
kadang-kadang penat badan dibuatnya coz gelak memanjang
tapi mereka semua best..
5bintang untuk korang semua.....





APA YANG ADA...

"Pengembaraan agung, karya Terulung, Menyingkap Wajah Dunia

Pengembaraan IBN BATTUTAH"

Inilah diantara apa yang dapat menarik minat mata untuk mentelaah setiap kata-kata tersusun rapi didalam buku semasa pergi ke library baru-baru ini...
Entah apa yang dapat mendorong tangan ini mencapai dan menyelak helaian demi helaian pada naskah terjemaah Syed Nurul Akla Syed Abdullah dan Adi Setia Mohd Dom ini...

Walaupun belum berkesempatan untuk menghabiskan setiap helaian yang ada tetapi pelbagai pengajaran, pengetahuan, dan tauladan dan lain-lain lagi yang dapat dipelajari..

Bermula dengan cerita Meninggalkan Tanjah, satu perkara yang telah terdetik disanubari ini....
Kata Syeikh Abu 'Abdillah, " Aku keluar meninggalkan Tanjah, jana-bijanaku pada hari Khamis yang kedua dalam bulan Rejab yang unggul, bulan Allah s.w.t , tahun 725 H. dengan niat untuk menunaikan haji di Baitullah al-Haram dan menziarahi makan Rasulullah s.a.w aku keluar bersedirian tanpa teman untuk berhibur dan tanpa menyertai rombongan kalifah. Aku pergi kerana desakan jiwaku dan juga kerana rindu akan tempat-tempat suci. Kerinduaan ini telah sekian lama terpendam dalam dadaku. Oleh itu, aku membulatkan tekadku untuk meninggalkan semua yang kukasihi, wanita dan lelaki lalu berpisahlah aku dengan kampung halamanku, persis burung meninggalkan sarangnya. Ketika itu, ibu bapaku masih lagi hidup dan aku terasa berat untuk berjauhan dari mereka. Sebagaimana ibu bapaku, aku terasa menghadapi keperitan perpisahan tersebut. Pada itu, aku berusia dua puluh dua tahun"

Kalau dibandingkan dengan diri ini yang sama berusia 22 tahun...
pada sahaja yang telah aku lakukan ...
langit dan bumi sahaja setaip langkah dan berbuatan yang telah diaturkan jika dibandingkan dengan ilmuaan-ilmuaan Islam..
Pengorbanan apa yang telah aku lakukan dalam kehidupan ini.....
Boleh diumpanakan sebesar semut sahaja jika dibandingkan dengan ilmuaan-ilmuaan islam

Terpanah hati bila membaca setiap butir-butir bicara yang tertulis...
Bagai ada yang datang menghampiri menyindir setiap perbuatan aku telah lakukan...
malu rasanya pada diri sendiri..

Alam, dunia dan kehidupan masih berpusing mengikut putaran , paksi dan aturannya..
Mungkin masih ada kesempatan untuk mengubah setiap kesilapan dan kesalahan yang telah dilakukan oleh diri ini ..

Mengejar...mengejar dan terus mengejar
Itulah yang akan aku lakukan untuk mencapai kejayaan dan kesempurnaan didalam hidup..
Ataupun aku tahu tiada apa yang sempurna dalam dunia ini kecuali ciptaan Ilahi...

NEW POST

Hari ini dah 15 oct 2009
last post 26 sept 2009

lama sangat dibiar kan blog ini kekosongan...
adakah masa yang menghalang aku berbuat demikian atau pun tiada apa yang perlu berkongsi bersama...
nak kata tiada cerita..
banyak sahaja yang boleh dibicarakan tetapi jawapan yang pasti diri ini malas sahaja untuk menaip setiap patah bicara hati yang tersembunyi...

Tetapi akan ku hidupkan kembali blog yang hampir mati ini....
dengan jujurnya boleh dikatakan blog ini diwujudkan bagi memenuhi sukatan pelajaran PM Kamel iaitu Internet Marketing.
betul la kata orang tua-tua ..
"jangan dipaksa pada yang tak suka"
dan ini lah jadinya...
new post hanya dihantar dalam keadaan terdesak..

Tatapi sejak akhir-akhir ini terasa sayang je pada blog ini..
tak kenal maka tak cinta...
kerana blog ini dapat menghubungkan aku dan dia...
hahaha....

Saturday, September 26, 2009

Raya datang lagi...


Semenjak bulan Syawal datang ini hati senang bangat...

bukan apa....

buka mata, pejam mata ....ishhhh ishhhh ishhh

makanan saja yang nampak sepanjang-panjang meja

pergi mana- mana pun dapat tengok makanan..

Nak makan apa cakap saja semua ada...

Tak cukup kat rumah jangan bimbang...

pergi jalan-jalan dan masuk saja rumah mana-mana dan cari mana yang berkenan di hati..

raya katakan... redah je rumah sapa-sapa tiada hal punya...


Raya kali ini lain sikit gaya dan agendanya...

beraya dengan "mak baru " kata kan .....

semua benda baru...agak confuse lihat semua ini..

tapi apa boleh buat...

pelik pun ada , suka pun ada, penat pun ada..

tapi tu bukan halangan untuk memenuhi nafsu Syawal kali ini..

setiap kali orang datang setiap kali tu la aku menjamah makanan..

bukan makan yang ringan-ringan tapi seberat-berat alam yang ditelannya..

nasi minyak,nasi dagang, lontong, satay,soto,rendang, lemang,ketupat dan semua lah di telannya dalam masa satu hari...

nak kata tidak baca doa...baca

tapi nafsu makannya tinggi semacam je..

nafsu sYawal katakan faham-faham sajalah...


Hari raya pertama masih sama aktivitinya...

cuma tidur ku tidak diganggu seperti malam-malam raya sebelum ini..

semua juadah raya sediakan oleh kakak,adik,abah dan mak baru...

tapi bab hidang-hidang muka ini la yang menjadi mangsa dipagi hati sebelum pi solat raya..

tidak cukup dengan itu..pi umah jiran tetangga bagi atau bertukar jaudah di pagi raya..

iaitu satu adat atau amalan orang dulu-dulu..

lepas pi solat raya da kubur.. masa yang dinantikan telah tiba..

sambung......hahaha





Wednesday, September 02, 2009

Manusia...manusia

Manusia kaya dengan pelbagaian gaya, ragam,perwatakan yang tersendiri.
ada yang indah di pandang dari mata
namum ada pula yang sebaliknya
jelik atau tidak mata ini memandang
bukan aku menilainya
tetapi hanya Allah yang Esa.

Bertafakur melihat keindahan dunia
kadang kala ia dibayangi beberapa episod kehidupan manusia
dicalari oleh gelagat manusia yang mungkin merekasendiri tidak mengenali diri mereka itu.

Dicipta sebaik-baik kejadian
namun diubah mengikut gerak hati mereka yang tersendiri
mudah saja untuk mereka menarik perhatian ramai
gelak tawa hilai dan butir-butir bicara mencuri perhatian..
ada yang maki, ada yang menghendik dan ada pula yang melayani